Tabung Katak Hijau

Friday, October 28, 2011

Dating Time.. Yeay!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum.....


Camat petang sumer... Uiksss dan 4.40ptg kot.. dah lbih 10min kat upis ni,hehehhehe....  Selepas bermatian2 bz kat upis ni... and lagi berpengsan-pengsangan En tunang Bz ngan HRMIS, 5s n etc spanjang minggu(terasa kurang perhatian pulak, wakakakkakaka)...
akhirnye...... 
Yeahaaaaa!!! Tomorrow is Saturday (lompat tinggi2!).... Aishhh lame la plak nak esok nye... Tak sabar nk dating, (ihiksss tergediksss la plak)... eh, bukanlah!!! ellowwww, esok nak kuar usha2 barang hantaran.. Tapi sambil menyelam minum air la dok???? DATING TIME!!!!!!



Tetibe terbayang ayam lak kat mind ni... Ehemmmm esok nak telan ayam goreng la, nyum3!!!!

O.K.B.Y.E nak balik!!!!!!!

Thursday, October 27, 2011

CupCakes ni Comey Lote!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t....

Arghh busan.. bos meeting.. so task arini (lepas update fail) ialah jeng jeng jeng!!!!
Update En3 baru, yeahaaaaaaaaaaaaaaaa.... cian blog pinggiran ni, hehhe...
Ok la ni nk share sal majlis tunang bulan enam a.k.a June ritu..  Ahakssss maap ler kawan2, kite tak share pon picas2 mase bertunang kat fb.. sebenarnye, kite malu hihihihihi (blushing). Ngengada!!!!! Pang se das, kasi sedar!

Ni entri mengisahkan kejadian dan terbentuknya CUPCAKES HANTARAN TUNANG.....  OK! betol2 puas hati... Berbaloi2 rasenye... Tak rugi tau if uols order kat CHOMELCUPCAKES a.k.a K. Zu nie taw.. tau... tau... 

Yela, saya kan org pantai timur.. Jauh tu dri Selangor ke sana.. Around 8 Hours!!! erkkkkk?? haaa ye... sempat la nak rase demam, kremm lam kete tuh slama 8 jam... ++ boleh la muntah2 kuning hijou lau tak bese jalan jauh... Sebelum tu igtkan nak bgi Secret Recipe je.. Nak tempah siap2 kat sane.. tapi bile memikirkan leceh nk ke KB Mall amek SR tu, ngan jammed lagi...uishhhhhhhhhh pikiaq punyer pikiaq, last2 en Tunang cakap order je ngan CHOMELCUPCAKES....  kalau xsalah order Fondant Choclate rasenye (sambil jari ketuk meja).. untuk both sides... cume beza nye dari segi ICON, THEME COLOUR & WORDS..... Yelah fondant leh tahan lam 3 hari(jangan simpan lam peti ais tau)!!!

Jom review picas2 cupcakes masa bertunang ritu...
Cupcakes
Size : M
Cups : Souffle Cups
Quantity : 16pcs
Deco : Fondant
Theme : 2D and 3D Blue and White Hantaran Items
** From me to En. Tunang











Cupcakes
Size : M
Cups : Souffle Cups
Quantity : 16pcs
Deco : Fondant
Theme : 2D and 3D Pink and White Hantaran Items
** From En. Tunang to Me









credit to Chomelcupcakes ... hp rosak, so picas2 sume ilang.. pahtu snap pic kai camera akak time tunang ritu, xsempat nk trnsfer

nota keyboard: so bolehla korg order ngn K.Zu nie... She is nice ok!!! Cakap je nak design camne, die akn buatkan client puas hati...

O.K.B.Y.E ~next time update lagi sal mjlis tunang (dah basi)

Tuesday, October 25, 2011

Terkenang itu Rindu


Terkenang & rindu kawan2 ini..  Betol ckap org 'perubahan berlaku mengikut masa'...  Sekali berkawan selamanya kawan ^.^...






dan rindu jgak detik2 kurus even tak de macam model,sob3:'(


nota.keyboard. : rindu la kat korang, fb dah kena block.  Banyak menda xleh share :'(

Kurus Dengan Berkesan & Sihat

Assalamualaikum ^.^





1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

* cara ini mmg banyak membantu dan mudah dilakukan. Minum air kosong/masak sebelum makan, ianya akan mengurangkan jumlah makanan yang diambil.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
*  Ini mmg AMAT PERLU dielakkkan. Jika blh, hindari minuman tin, semua jenia air kotak, minuman bergas dlm botol. Ia membantu anda menjadi sihat.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHAT
IAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-
  • Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
  • Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
  • Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
  • Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
  • Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.



    notakeyboard: aduhhh seksa jgak nak amalkan gaya mcmni... CHAIYOK2 CIK IS!!!!

Monday, October 24, 2011

Terhenti Di Sini

Assalamualaikum....

Mood dok repeat lagu ni berulang kali smpai naek berdengung telinga... ILOIKE uols!!!!!


************************************
********************************
************************
Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi
diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menanggung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
Kerna ku masih terhenti di sini
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
*******************************************
************************************
************************



notakeyboard: mampu ke kurus macamni lagi Yuyun????  Down betol bila banyak baju tak boleh pakai :'(

Friday, October 21, 2011

Terkuciwa Lagi :'(

Assalamualaikum dan happy Friday!! (^.^)

Ha?? Dah ari jumaat? Semalam gaji? Wiwiwiiiiiiiiiii, suke3! Pe lagi copin ler reramai (korang je, saya tgh menabung) hahahha..
Nak copin jugak buleh? Buleh tak? nak copin HANGGGPHONEEEE baru!!!! sob3:'(... hp rosak.. adoiyai, tgh syok2 tunggu order meeun sup kat kedai malam td, tibe2 skrin hp keluar macam2 kaler! tak tipu, dah colourful dah skrin hp tuh... Amboi hang cik Sony cayunk... Kemain yer meriah semacam skrin kamo.. Hati tuan kamo xmeriah ok!!!  Gundah gulana jadi nye dgn peel kamo...


Time2 cegini la kamo rosak ye.. Baru kena ujan 2titis dh keluar warna warni pelangi.. aiyakkkkkk:'(... Dah la ritu dh 2x dok tukar ribbon, hang je kejenye.. CEPUK sedas kang taulah!!!  Lantak la, malas dh anta ke 'hospital'.. biar terlantar derita je kat rumah tuh! Padan muka...

So, terpaksa bermanja2 dan beramah mesra dgn pasangan yang baru... TIADA LAMA, TIADA BARU, KAULAH SATU-SATUNYA.....ohhhhhh abang NOKIA... ko jelah yg setia bertahun2 tanpa memberikan masalah pada diri ku ini..Love u, muah3....

Ada ak kesah even keypad ko dah macam kena penyakit sopak??? putih + kuning.. Belasah je la..

nota keyboard : maap yer cik naz cci gelak hp kamo jatuh toilet... (TAPI TU JAUH LAGI BERUNTUNG DARI ROSAK TERUS)... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa :'(..... ada hp lebih tak? nak pinjam buleh? nak Blackberi / samsung galaxy.. Demand!


OK. BYE.

Thursday, October 20, 2011

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit......

Assalamualaikum ^.^


Sebenarnya tak de ati pon nak update blog pinggiran ni... Tapi disebabkan tanggung malu bertan-tan, sampai tak terdaya dek lemak2 badan nak tampung, tu update je kat sini..  Bukan ape, sebagai pengajaran bersama.. (especially kepada makhluk2 yg btitle Secretary)....

Berat mate yang membaca, Berat lagi orang yang menaip ni tanggung..  Adehhh, tah cano la haih, buleh tak tau bos ada meeting petang ni!!! Adui tak tertanggung menahan perasaan ini... Maap bosh maap.. Saya bukan tak buat kerja, saya buat!! Cuma yang niiii........................ urm :(

Eh jap3!! lepas dah kaji2, tertanya2... Salah aku ker?? Eh korg yang buat meeting tak bagi aku salinan memo nape??  Sebab kesalahan korg yang seconet tuh la, diri ini umpama Telur di Hujung Tanduk tau tak??  Nak2 mmg bosh yang kena chair...

So untuk cover line, saya terpaksa guna kuasa veto sbg PA + semangat menggungung + azam yang jitu saya mintak officer je chair (sebelum dihantui rase besalah).. Tapi tak pernah tau tipu bosh, so alih2 ketuk bilik bosh tnye tau tak ada meeting petang ni???  Gulppppp!! telan air liur sampai tersedak!! Jawapan bos 'saya pon tak pasti'..... Fuhh kembang lubong idung ni...  Seb baek bos tak marah nak mintak officer laen gantikan chair, sbb die pon bz amat2 petang ni!....

YES!! I'M feeling GUILTY!! makanye korg tolong la permudahkan kerja2 saya kat upis ni.. dah nak die chair, bagila memo jgak.  Kadang2 korg tanye saye schedule die lagi awal, tapi byk lagi meeting die kna attend.. 

Bagos org2 melayu ni, cipta pepatah untuk kegunaan time2 terdesak camni... SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA BOS DAN PA... wakakakakakakka, statement nk throw away perasaan bsalah tu, (mang la!! salah orang lain! i cekap ok!) hahaha

Wednesday, October 19, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Bicara Rindu

Assalamualaikum.....

Sorang2 kat upis tetibe rase rindu dekat my bosh lak...  tetibe rase single lak,wahahahaha... Abaikan!! sebenar benar nye, tiada yang tak benar "I Miss U my fiance" :'(.....

Fly ke Penang sebab urusan kerja 3 hari...  padahal dalam M'sia je, ngengada lak hati ni nak rindu2 bagai yer : -).. ok, serius ni tau, teringat kamo.. betol la org cakap, bile jauh baru terasa 'something' kn?


Nak tunggu ari sabtu tuh macam lambat je :-(... jumpe pon sebulan 2x jer, melainkn ada urusan yg kena settlekan baru la jmpe tiap2 minggu... lagipun kecian tgk awak ulang alik ke shah alam dari umah,biarpon awak cakap berpuluh2 kali 'takpe2' 'xkisah2' tp saye mmg tak boleh tgk awak penat drive.. even 1 jam je take time nak ke shah alam, tp kalau boleh tak nak tlalu menyusahkan & bergantung harap.. sebab saya cube nak jadi pasangan yang menyenangkan ati tanpa terlalu dimanjakan (dgn harapan selepas akad nanti, perhatian tu tak berkurang bahkan bertambah, aminnn)..  Alamak lupe lak!! Belum tentu sabtu ni dapat jumpe, sebab awak ada Kursus Kahwin smpai ahad.... Saya?ermmm saya ada game boling ngan orang2 office :'(... tuh pun sbb dorang sanggup sponsor yuran penyertaan saya dan bagi baju free (trick pujuk kemain)









Bicara tentang rindu.. ia terlalu subjektif..  
  • Rindu tak perlu sentiasa, kerana rindu yg datang tibe2 tu lagi jauh dapat menyentuh perasaan..  
  • So jangan tak jumpe 15min je dah text msj si polan bin/bt si polan  'miss u' (pesanan dari blogger pinggiran)..  Nanti tak besh tau!!  tak merasa feel Derita Merindu tuh!hehehehe... 
  • Bila Rindu (sila sebut ala2 tone lagu Ruffedge tuh yer) tak kesah la kat family ke, kawan ke, husband ke, tunang ke, bf gf ke.. apa yang penting kena luahkan rindu tu pada Allah s.w.t jugak.. Jangan nak jadi mcm budak2 tak dpt lolipop.. MENANGIS kat si polan tuh... bukan die blh buat ape pon kan? 
  • Luah rindu tu dekat Pencipta, sbb perasaan tu anugerah dari Yang Maha Esa.. Jika rindu family, kawan doakan kesejahteraan mereka, panjangkan umur mereka etc la kan...
  • Jika rindukan husband/tunang (itu saye)/bf gf doakan jodoh korang ditetapkan... Minta supaya dikuatkan hati untuk menyayangi pasangan sehingga akhir hayat dengan ikhlas..
  • Merindu dgn cara yang betol tu lagi memberi makna jika dibandingkan dengan rindu hanya atas nama 'relationship' semata-mata.. tak perlu ditonjolkan sgt dgn post merapu meraban kat fb, maybe berpuluh2 orang akan like status tuh... tapi at the same time, berpuluh2 orang jgak yang akan iri hati, jelik, dan menyampah.. Tuh dah boleh mengundang macam2 percakapan yang tak elok.. "Percakapan Itu Juga Doa'.. so faham2la yer.... peace!! :p
  • Ini belog saye yang tak pemes, entri ini tiada kaitan dgn sesiape jua, hanya pendapat saye shj :)



nota keyboard :hanya ada Mr Dbear ni je peneman saya kat rumah setiap hari... Erkkk saye half day tau awak rini, sebab haji cuti.. Boleh la saye keluar jap cari barang nak sambung D.I.Y bunge telur, tu pon kalau angin RAJIN bertiup kencang la hehehehe..

special note with love (tu pon kalau awak bace belog pinggiran ni :p) : jangan lupe belikan saye jeruk buah 3 plastik.. pilot yg bawak, bukan awak.. so xde belas kasihan kat awak hahahha

Friday, October 14, 2011

Memotong Kuku Mengikut Sunnah

Assalamualaikum & selamat ari jumaat,(esok cUTi)....

hai readers kat luar sane (bajet reader beribu beriban lemon jerk) hahhaha..  Hari jumaat penghulu segala hari.  Ada banyak kelebihan pada hari jumaat ni...  Ok la, cume nak share 1 en3 mengenai memotong kuku mengikut sunnah nabi..  Hidup ni kan penuh dengan panduan... Jom bace untuk renungan dan perkongsian bersama.. (-_-)

1.  Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan
dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:


"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah):
memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."

(Hadis riwayat Muslim)
Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.
Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.

2.
Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.
Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.  Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.

p/s: seelok-eloknya dimulakan dengan baca Bismillah dan selawat


3. Waktu Memotong Kuku
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."
(Hadis riwayat Muslim)
Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.


Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang   maksudnya :

Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
"Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan
Juma'at sebelumnya."

(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Abu Hurairah
katanya yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang."

(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)
Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.


Rasulullah S.A.W Bersabda, Yang Bermaksud Barang Siapa Yang Mengerat Kukunya Pada ;

Hari Sabtu     ~ Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya  
                            penyakit.
Hari Ahad      ~ Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin      ~ Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa   ~ Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu      ~ Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis  ~ Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
                            penyakit.
Hari Jumaat  ~ Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
                           dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
 

  

Thursday, October 13, 2011

Muhyiddin Dikunjungi Peserta WSC 2011

keratan akbar utusan 13 Oktoner 2011

Tahniah diucapkan kepada para peserta World Skills Competition 2011 yang berlangsung di Britain, London pada 5-8 oktober 2011 yang lepas.. Tak dapat pingat emas pon its ok.. Our Team is the best!! sebab dah berjaya menyertai pon dah kira satu rahmat.  Next year cube lagi ok! chaiyok2...




Jom review email2 dari kami dan jabatan yang selalu menyokong kamu semua (*-*)

** email dari orang kuat jabatan
From: mkganesan@ciast.gov.my
Date: Mon, 10 Oct 2011 08:36:16 +0800 (MYT)
To: CIASTgroup<ciastgrp@ciast.gov.my>
Subject: Keputusan World Sklis Competition.

Tuan/Puan, Salam 1Malaysia.

Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) London telah tamat pada malam semalam dengan meyaksikan negara kita masih gagal menerima sebarang pingat.
Walau bagaimanapun tahniah harus diucapkan kepada para peserta dan juga pengiring yang telah bertungkus lumpus untuk mencari pingat pertama negara.
Keputusan kali adalah yang terbaik yang kita capai jika dibanding dengan tahun-tahun lepas, kerana Jumlah mata (Average Score) yang kita capai pada tahun ini adalah yang terbaik dalam 10 tahun lepas.
Berikut ialah perbandingan Average Score yang kita peroleh dalam lima pertandingan yang lepas.

2003 : 474.00
2005 : 484.67
2007 : 476.07
2009 : 486.89
2011 : 494.10

Selain itu, Jumlah Medallian for Excellance, MoE (Score > 500) yang kita perolehi pada kali ini juga menyamai rekod 2003 iaitu 5 MoE. Pada tahun-tahun lain kita hanya perolehi 2 MoE.
Secara keseluruhan kita mendapat tempat ke-26.

Berikut adalah kedudukan peserta kita yang memenangi MoE.

1. Shum E Han - Tempat yang ke-5 dalam bidang
IT Network System Administration
2. Sia Wan Ying - Tempat yang ke-7 dalam bidang Beauty Theraphy
3. Ng Vui Chien  - Tempat yang ke-9 dalam bidang Refrig. & Air-Cond
4. Abdul Rahim & Marzuki - Tempat yang ke-13 dalam bidang mekatronik
5. Stanley Taiming - Tempat yang ke-14 dalam bidang Automobile Technology


Tahniah diucapkan kepada semua peserta & pengiring.


**email dari pegawai jabatan a.k.a kakak peserta

Tahniah kepada peserta dan semua pihak yang telah bertungkus lumus dan berusaha utk memastikan kejayaan Malaysia. Sebagai seorang kakak kepada salah seorang peserta Abdul Rahim, juga sebagaibwarga CIAST, warga JPK dan rakyat Malaysia, saya bersyukur dan berbangga untuk pencapaian yang telah ditunjukkan oleh team Malaysia dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berdoa dan menyokong usaha murni ini.

Zuraini Muda
Program KK, CIAST
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 12, 2011

Friday, October 7, 2011

Kiri Kanan Belakang Depan Sana Sini Situ Atas Bawah.....

Assalamualaikum..

Tik tok tik tok.. lagi limobelahminit mau pulang!ok. lompat tinggi2.
Petang camni baru terkial2 nak hupdate blog xpemes ni (jujur, ahakss)...
Uhuks, tajuk en3 kemain lagi ko! tak henggat dunia! wahahahhaha..
Alaaaaaaa haiiii nyah.. xde pe la kat tajuk tu pon... Tu sebab lately agak sebok (omputih cakap Bizi!)...
Banyak menda nak setel.. Contohnya hari ni pon balek lambat jugak sbb nak siapkan keje..
Haaaaaaaaaa yang ni mmg confirm tahap laut Mati.. FILING!! adehhhh muntah telan balik nak siapkan. BENCI!!! PA a.k.a PAP

Sekarang, Harini, Esok, Lusa, Tulat & next next next - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - > akan mula bizi as a B2B, bride to be! note!!....

Sebelom ni kalut dok jaga Bos kat upis tiap2 hari, schedule itu ini.. Now dah kena jadi PA tok diri sendiri lak yer... Makanya dah mula start buat itinerary (cewahhh macm ape je kan?) hahhahha... Makan ke kiri ke kanan ke belakang ke depan ke sana ke sini ke situ ke atas ke bawah munyer Programme esok adalah.......



  • Teman Mr Fiance service kereta die
  • Pegi kedai borong Brown Paper Bag
  • Cuci mata yang rabun ni kat kedai2 emas (mau buta tgk rege mas).. tapi if xsilap skrang emas dh turun sikit kot price nyer
  • Borong barang2 untuk sambung d.i.y Bunga Telur
  • +++ Tengok wayang... Adeh Mr Fiance request nak tgk dah lama sgt tak santap itu popcorn.. Sebelum bertunang lagi stop kejap tgk wayang.. tapi macam malas tapi cian lak ye kat kamo Mr Fiance.. ok2 esok kte tgk wayang ye, huahahaha

Makanye agak pack schedule ni bagi saya tapi kena jgak settlekan sikit sikit dulu dok?? Kalau boleh tak nak nyusahkan family, semua nak settlekan kat sini n bawak balik ke kampung benda2 yang dah siap...   Daaaaa.. nak continue buat kerja lak... hehhehhe

(*_*) Bunga telur baru 3 kuntum yang ciap.. terpikir2 nak cukup ceratus or tak yer???

Thursday, October 6, 2011

Nafas Baru :)

 Syukur alhamdulillah.. Syukur Ya Allah..  Sesungguhnya rezeki Mu melimpah ruah.. Maha Mendengar

-3minggu tggu feedback, arini baru dpat.. tak pe lah, tetap bsyukur :).. tggu next confirmation from JPA.. semoga semua dipermudahkan.. Amin

One word Only!!

Sleepy!!!


Mane nak Cari??

Assalamualaikum n morning readers kat luar sane....

Yepiiii rini dah hari Khamis, esok Jumaat.. Lusaaaaaaaaaa?? CUTI!!! ahaks tak abes2 dok tolak2 hari, wiwiwiwi...

Ada tak sape2 kat sini tau mana nak cari mini jar ni?? i need some info, help meeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!! plis plis plis :'(...



Nak yang kecik2 camni.. Mini Glass Jar

 
p/s: lagi murah lagi baekkk punyerrr!!! thanx pada yang sudi berkongsi..muah!!

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday (*_*)

Eu De Cologne Pertama Di Dunia

Hi si chantek & si hensem :)

Nak share kat sini pasal perfume pertama di dunia.  Al kisahnya tadi tengah syok2 godek abang excel (EO minta tolong sbb die tak berapa mesra alam dgn abang excel ni), edit dari word ke excel, tibe2 ada la officer perempuan masuk upis yang tenang dan aman damai ni, perasan!!!  Die bagi benda ni hah > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > >



Eu De Cologne yang pertama di dunia.. (thanks en google. saye malas nk snap pic sendiri)

If saya salah minta betulkan ye.. Saya cume share info yang saye dapat dari org2 yang menyampaikan... Ceriteranya officer yang bagi souviner ni, Pn Azua... Die baru balik dari Germany, last week Pengarah and a few officers pergi ke German ada lawatan Penandaarasan (ok!sila abaikan sebab ni semua berkaitan bidang kemahiran, maklumlah CIAST katekan)..  So die bagi ni tok saya n my beloved bos..  Die jgak yg bagitau ni la perfume pertama di dunia.. 

Kenapa nama ia Eu De Cologne??
Sebab ianya diproses di tempat yang bernama Cologne yang merupakan salah satu tempat di German.
Kenapa tak berapa sesuai dipakai?
Sebab ianya mengandungi alkohol.  Boleh je sape2 nak pakai, tapi nanti if nak solat agak lecehla kan?.  So terpulanglah kepada individu nak pakai ke tak.  Tapi kalaula saya la kan? Saya jadikan souvenier tu as a COLLECTION..

Euwwwww!! sonok gak dapat menda ni even tak leh nak calit2 kat baju/tudung..Opss bukan JAKUN okey!! Yelah, nak arapkan diri sendiri g overseas, hurm mimpi jatuh bangun naik katil 569x pon belom tentu lagi dapat pergi.  Orang2 office pegi pon dah kire bnasib baik, dpatla ye menda2 yg memang tak akan dapat..(mood:jelous orang office salu pegi overseas..  CIAST satu satunya jabatan yang sedang memperkasakan Latihan Kemahiran, tu salu ke luar negara).

Kalau nak tau lebih mendalam ke lubuk hati dan sanubari boleh click sini : History
Malas nk baca sebab in bahasa omputih wakakakkakka :p

note: sambung keje! aishh banyak lak hal tetibe dak dtg nk mohon ulang amali..

Bunga Telur

Assalamualaikum wbt..
ellow ellow!.. morning peeps :)....

Fuhhhhh, lame betul tak ber'update' blog ni... al maklumla, bz bz... tersangat la bz,haha.. xleh blah statement.. eceli tak la bz mana pong kat upis nie.. cume khidmat secretary tu selalu diperlukan..cewahhhhhhhhh, peace!!!

Sekarang kepala berambut ni dah tak de nak update blog sangat dah.. Byk spend sel sel otak dan pembuluh2 darah memikiaqkan hal2 kawen.. yelah, mane nak sempak dok??? balik kampung pon belom, nk discuss pnjang lebar.. mampu by col je la ngn pamily2 terchentaaaaaaaaaaaaa... muah3!!  dah2.. enough! tak mau merapu meraban..

Ehem ehem...haishhhhhhh ni nk share(lebeyyy kepada nk tnye pndapat,ihiksss)... now mood D.I.Y BUNGE TELUR!!!!! okewwwww ke if wat bunga telur sendiri??? cam kat bawah ni.. scroll ye, rajin2 kan wat senaman jari hahaha :p...

**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**

view dari SISI a.k.a tepi....

**
**
**
**
**
**
**
**
**
**

view dari depan.... (*_~)



nota keyboard : abaikan background usang wahahhaha :p


Cane?cane? ok x?... gile mahal kot if beli yg dah siap...last week g usha kat Nilai 3, mak aihhhhhhh!! almost RM 170-RM 200!! waaa kupak kupak... Mr Fiance terchennnta cakap 'cantek la!B nk yg macam tu jgak' hahhaa (terkembang kempis idung jap malam td).. TAK BULEHHHHH.. awak beli yg dah siap wahahaha (ok, nnti kite watkan belah awak sekali yer..:p)

p/s:sila tinggalkan comentar2 anda di ruangan comment.. ummm comment bunga je tau.. jgn comment laen hahahha.. nnti nak tmbah reben2 n pe yg sewaktu dengannye...