Tabung Katak Hijau

Monday, January 30, 2012

Sebok dan Menyebokkan Diri

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...



tajok.tak.matching.dengan.pic... hepi sbb takde org kat upis :)



Harini syukur sangat2 sbb sorang2 dok upis..  eh silap! berdua dgn officer, Cik Ina yg sgt2 ok..heeeeeee :).. Once dah tak sebok dgn preparation konvesyen ni events tu, bolehla tarik napas lega sikit... slurpppppppppppppppp... eh, mcm bunyi mkan megi lak aih haha..

Tak kan berhenti... cewahhh..  macam lagu je dengar..  Yelah, lepas dah sebok dengan sebok2 keje kat upis nih, continue sebok2ssss dengan D.I.Y benda2 kahwin..  Tido pon tido-tido ayam.. tak sempat panas bontot, tgk2 dah pagi.. hahaha..  Kilang proses taik mate tergendala buat sementara waktu nie..

Yelah kan..  lagi 2months.. Sekarang lak bertambah2 sebok sbb dah dapat kunci kuarters..  Baru bersandar ilangkan penat lelah pindah ke rumah akak n rumah kongsi.. Ni kena kemas balik untuk masuk rumah baru.. Alhamdulillah.. penat2 pon bersyukur sgt2 sbb dapt rumah lagi awal dari jangkaan.

Takde pics untuk d.i.y kali ni.. update entri hangat2 taik ayam je ni.. sbbnya smbil taip entri sambil2 potong crepe paper untuk buat bunga telur + kai hp cabuk cap ayam je.. Pics d.i.y mini jar pulak, tggu mr.fiance emailkan.. sangat2 suke sbb dpt mr fiance yg tak berkira, tak kesah n blh d.i.y mini jar.. Jarang kan nk jumpe orang laki yg leh layan menda remeh temeh ni kan kan kan.. dri buat menda2 leceh ni bek dorang kai suar pendek, g sepak bola..



nota.keyboard : haruslah berangan nk makan mee un goreng.. sbb sejak keje kat sini dah taktau erti makan di upis, teettttttttttttttttttt

Friday, January 27, 2012

Dunia itu adil, orang yang mendiaminya tidak adil

Assalamualaikum...

Lame betol tak berhapdate blog nie..  Ari2 view, tp tak tertaip.. bukan sebab bz melampau2, bukan sebab kekeringan idea..  banyak benda yang nk taip tp............................................. urm..

Cuma dis week mmg betol2 bz.. semalam balik kerja pon 7.30 malam.. pelik kan?? orang lain pulak blh bersuara dengan kehairanan setinggi 38tengkat, knpa la PA yg tpksa blik lmbat??  tak kesah pon bab2 kerja, tolong orang even benda tu di luar tugasan kite..  Tapi kenapa sampai perlu memijak kepala, melampaui batasan? Orang2 yg sepatutnya melaksanakan tugas blh dok bgelak tawa mcm pontianak.. Blh balik awal, chow tinggalkan keje sndiri bagi PA settlekan...

Mood nk terus bekerja skarang ni btol2 down! ari2 bgun pagi rase nk el..  meluat ari2 tgk org tikam belakang sesama sendiri.. bile kite mendiamkan diri dari bcampur dgn makhluk2 sebegini, kite pulak disalahertikan..  makhluk yg smpai boleh ugut org bawahan dengan pemarkahan.. kekadang kesian dgn si mangsa.. dulu salu bg semangat supaya fight, jgn terus2an biar dibuli dgn mkhluk2 begini.. tapi lama kelamaan, mula memahami perasaannye. 

Sampai satu tahap, kite hnya mampu tertunduk diam menurut segala arahan dan ugutan.. sebabnya bile diluahkan secara jujur, seolah2 diri sendiri yg bmasalah..  pokok pangkalnya bile 'akar yang tak kuat, bgoyang dan tumbanglah pokok'..

Cuma sekarang mampu salu ingatkan diri ni, jgn sekali2 nmpak lemah dan takot dgn org begini.. sbb contoh dah ada depan mata, bile diturutkan segalanya kita akan jadik lalang.. xde pendirian..  Allah hanya bagi ujianNya untuk hamba yang mampu mengharungi..  Terkadang kite rasa pahit menelan kerana kita telah mendapat madu untuk mengatasi pahit itu:)



nota.keyboard : hidup kita ni singkat, jadi kita yg kena pilih mcmne nk corakkan dan lakar hidup ni dgn gembira.  balasan Tuhan terkadang bukan kepada empunya badan, bile direnung balik balasan terhadap perbuatan buruk kite mungkin ianya akan terkena pada anak, keluarga dan kehidupan peribadi..

Friday, January 13, 2012

Indahnya Sabar

Pada suatu hari, burung-burung berkicauan, ada yang bekerja, ada yang bergembira.. indahnya pemandangan yang dilatari sawah padi yang menghijau saujana mata memandang.
Mendamaikan mata yang melihat dan menyejukkan hati yang menikmatinya. Subhanallah. Meskipun begitu, Usop masih termenung keseorangan di tepi parit ditemani kesedihan dan kekesalan sambil matanya terarah kepada Pak Jabit yang sedang memancing.




"Termenung apa tu Usop?!" Pak Jabit menegurnya.
"Tiada apa-apalah Pak Jabit, sedang melayan hati yang lara je ni.."
"Laaa tengah sedih ke? Kenapa? 'Ce cite ce cite'," soal Pak Jabit sambil tersengih melihat gelagat Usop.
"Panjang 'cite'nya Pak Jabit.. Saya cuba pendekkan ye.. Saya sebenarnya benar-benar terguris dengan sikap Hussien. Hussien telah memburuk-burukkan diri saya kat orang kampung meskipun saya selalu bersangka dan berbuat baik pada dia. Pernah dulu, orang kampung ada yang memburuk-burukkan nama Hussien tetapi saya sebagai seorang kawan menafikan tohmahan-tohmahan itu.. tetapi sekarang.. hm.. 'sabor jelah'," balas Usop menceritakan hal yang membuatkan hatinya kecewa.
Pak Jabit terus mendekati Usop sambil membawa beberapa ikan yang berjaya ditawannya.
"Usop, tersenyumlah! Meskipun dalam senyuman itu mungkin tersimpan kelukaan hati, tersorok kesakitan jiwa. Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakan dunia maka manusia akan berasa senang dan gembira.
Sebaliknya ketika mendapat sesuatu yang tidak diingini maka manusia merasa sedih dan kecewa. Kamu tidak perlu terkejut ketika menghadiahkan sebatang pena kepada seseorang, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada kamu dan kamu juga tidak perlu terkejut dengan apa yang terjadi ini.
Inilah sikap manusia. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Berharaplah pada redha Allah semata-mata. Nescaya Usop mesti tak kecewa.
Sebab apa? Sebab Allah tidak pernah mensia-siakan segala kebaikan yang kita buat walaupun seberat zarah sepertimana firman-Nya dalam surah az-Zalzalah ayat 7 dan 8;
"Maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya. Malah jika kita ikhlas berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya diganjarkan pahala kepada kita."
Baikkan Allah?"
Usop mengangguk tanda setuju..
"Tidak seperti manusia. Kadang-kadang macam situasi Usop ni. Seolah-olah melepaskan anjing yang tersepit, tetapi apapun Usop, tidak perlulah bersedih mengenangkan peristiwa yang sudah lalu kerana angin pun akan terus berhembus ke depan dan air pun terus mengalir ke depan..
Jadi lagi baik Usop sabar dan terus tabah. Pandanglah ke hadapan, usirkanlah kesedihan. Allah Yang Menciptakan segala-galanya pun ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan oleh manusia tidak berakal yang ingkar kepada-Nya. Nabi Muhammad S.A.W yang mulia itupun ada yang membenci serta mengejinya.
Inikan pula kita yang hanyalah seorang hamba-Nya yang biasa, yang pasti penuh kekhilafan. Anggap sajalah segala apa yang dikatakan Hussien itu satu kritikan yang membina. Anggap saja ini teguran dari Allah.
Jangan bersedih, kerana kesedihan kamu terhadap musibah ini akan melahirkan pelbagai musibah lainnya. Ketika kamu sedih dengan perkara ini, bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kedukaan kamu itu?
Bersabarlah walaupun hatimu disakiti. Maafkan sahajalah si Hussien tu. Janganlah biarkan kegundahan yang disebabkan pandangan manusia kepada kita terus menyedihkan kita tetapi hakikat yang patut kita sedar pandangan Allah kepada kitalah yang perlu dan sangat kita gundahkan.
Insya-Allah apabila Allah redha pada kita, hati pasti lebih bahagia?" Sambung Pak Jabit untuk menenangkan hati Usop.
"Terima kasih Pak Jabit! Alhamdulillah tenang hati saya mendengar nasihat Pak Jabit ni. Tidak macam doktor pencen, macam ustaz Pak Jabit ni." Ujar Usop sambil tersenyum memandang Pak Jabit.
"Sama-sama.. bukan ustaz.. Alhamdulillah apa yang Pak Jabit belajar dari ustaz-ustaz, Pak Jabit kongsikanlah pada kamu. Ini pun Pak Jabit masih seorang doktor lagi lah ni. 'Doktor hati' yang sedang merawat kamu. Merawat hati yang kecewa dek tingkah laku manusia hingga lupa ganjaran yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan membahagiakan.. Kamu pun, cubalah rajin-rajinkan sikit belajar agama. Ini tak... Asyik-asyik 'english education je'... ok?"
"Baiklah Pak Jabit, insya-Allah akan saya usahakan."
"Hmm.... tapi kan usop..," Pak Jabit melontarkan satu persoalan.
"Tapi apa? 'Ce cite ce cite'..,"soal Usop penuh penasaran
"Hmm. Pak jabit terfikir. Yelah. Terkadang rasanya sikap Hussien itu ada juga dalam diri ini. Usop hamba Allah, Pak Jabit juga hamba Allah dan semua insan tidak kira siapapun, sehebat mana pun dia, setinggi mana dia, tetap hamba Allah.
Kita diberi pelbagai kenikmatan, diberi oksigen untuk bernafas, diberi tubuh badan yang sihat, dianugerahi akal, senang cerita semua nikmat Allah bagi pada kita.
Tetapi kebanyakannya dosa, keingkaran dan kelalaian kepada dunia pula yang banyak kita balas kepada Allah. Selepas tu, kita kata pula kita hendak dan sangat menginginkan syurga-Nya.. Ya Allah, bila renung balik... Pak Jabit malulah pada Allah.. Malu semalu-malunya.."
"Hmm betul tu Pak Jabit. Insaf pula rasanya... Ya Allah berapa banyaklah amalan kebaikan yang telah saya lakukan ini diredhai Allah.." Sambut Usop mengiakan celoteh Pak Jabit.
"Sama-samalah kita muhasabah diri kita, yang baik kita tambah, yang tidak baik kita tolak. Sambil Pak Jabit menasihat kamu ni, Pak Jabit pun mengingatkan diri Pak Jabit sendiri yang penuh dengan kekhilafan. Moga Allah redha... dah jom balik, dah nak maghrib ni. Lepas ni jom siap-siap pergi berjemaah magrib di masjid.." ajak Pak Jabit.
"Insya-Allah. Baiklah Pak Jabit.. 'thanks' bebenor lah ye," sambut Usop sambil tersenyum simpul.

Thursday, January 12, 2012

PA pon manusia biasa... Adil dan saksama, jujur..

Assalamualaikum...

Hari ni mmg btol2 down.. hari ni jgk btol2 dpt semangat baru.. semangat untuk ubah pandangan orang, untuk
buka mata orang...  mcm yang sis titi ckap pada comment di  entri lepas.. 'Keje sbg PA memang kena jadi neutral'..  mekaceh ye sis :).. tapi bile terpikir balik yang neutral pon akan jadi keruh, berkarat kuning bila dikelilingi orang2 yg hipokrit!talam duapolohsembilanribu muka!kaki kipas angin!kaki ampu!..

Saya bukanlah manusia paling penyabar di dunia.. saya bukanlah manusia yg pling dungu di dunia.. dan saya bukanla manusia yg mampu btahan bila ari2 melihat sindiran sesama sendiri, kutukan diam2, xd toleransi dlm bekerja.. saya bukan orang yg blh trus2an bersabar bila kesalahan diletakkn atas bahu tnpa usul periksa..

Sbg PA saya mmg kna neutral ngn semua orang.. tau beza peribadi dan keje.. bila di tmpat kerja seharusnya kte bkerjasama dgn semua org tnpa prjudis sedikit pon..  disebabkan saya bsikap neutral mcm ni, dituduh mcm2.. 12/1/2012! mmg saya akan igt smpai bile2 tarikh nie..

Maaf. harini dan disini saya putuskan 'Ya Allah sesungguhnya di sini bukan rezekiku, aku redha'.. dgn seikhlas hati saya, bos carilah PA laen.. saya undur diri.. sebab sy tak mampu dduk dlm kalangan orang yg bermuka2.. mcm2 benda 'orang' bawahan bos ckp saya.. walhal bos sndiri dah ckp 'ikut cara saya bekerja'.. dsbabkan sy buat keje sy, 'orang' bos ckp sy tmakan hasutan orang.. Cukup arini saya mbazir air mata untuk makhluk Allah yang mcm ni.. hari ptama saya disini lagi, segala keburukan orang, dia ceritakan pada saya..  Saya rela jadi pool, dipotong elaun PA sy dri stay kat sini..nekad!!! 

Dengan cara keluar dr sini je blh sy buktikan dekat bos, saya bukan mcm orang2 bos yg bmuka2.. Saya ikhlas dalam kerja saya..rezeki Allah itu halal.. Semoga tbuka pintu hati, dan mata bos utk dinilai siapa yg baik dan yg buruk..  Smoga tergerak hati bos utk melihat balik pengurusan bos ke atas anak2 buah.. bos mmg ckup baik utk saya.. tapi saya takkn biarkan diri saya jdi mangsa hasutan orang.. sebelum bos tmakan hasutan dia dan jejaskan markah saya thun ni, sy tpaksa minta tukar tanpa pengetahuan bos.. Renung-renungkanlah kenapa PA lama kat sini pon rela keluar dari sini..  Jgn disebabkan sorang malaun, sume orang jadik mangsa.. Cukup2lah dah ada yg dipulaukan dsebabkan mulut puaka 'kesayangan bos'..

Saya takkan sekali-kali ubah pendirian untuk menjadi seorang yang bermuka-muka.. Baik di depan, dan kaki ampu hanya semata-mata untuk selamat berada disini.. Dalam unit yang sekecil ini lgsg takde environment as a office.. so Hye Hye, Bye Bye DENGKI SANGAT NI!!!!! sume orang nk pindah disebabkan orang mcmni.. sedar-sedarla bos.. unit lain pon bcakap2.. malu la sikit..

nota.keyboard : Semoga isnin depan ada berita baik untuk saya.. rupe-rupanya opis ni mmg 'tkenal' dgn perangai 'kesayangan' bos.. tak sabar nk tgk reaksi bos msuk upis isnin nanti, sebab saya takkan halalkan perbuatan batu api orang ke atas saya dan menyebabkan jd mcmni.. semoga Allah murahkan rezeki 'mereka-mereka' yg memahami keadaan dan menyelamatkan saya.. amin..

Wednesday, January 11, 2012

Perangai Buruk Penghuni Apartment

Assalamuailaikum.. camat petang..


Ni nak kabor sikit peel orang2 yang mendiami apartment.. tapi tak la semua orang n bukan semua apartment mcm ni..  Ni nak cite pasal peel orang apartment yang saya duduk kat shah alam, sblum sya berpindah ke Putrajya nie..  Sebenarnya dah lame nk buat entri ni, sbb nk bg kesedaran sikit dekat mane2 penghuni apartment yg ad habit tak senonoh ni agar 'ubahlah perangai'..  sebelum ni kan hp rosak so xleh nk snap, tp ari last msa angkut2 barang nk pindah saya pinjam hp mr fiance jap..

Bukan saje nk buka aib pangai buruk orang mcmni, tapi tensen!tensen tau x.. igtkan dah insaf, uper2nye ada lagi!!!!! last day kat rumah plak tu, dpt adiah sampah sarap dari orang atas..








Tengokla.. mcmane la haku ni tak cakap yg pangai ko tu buruk?? campak sampah merata2.. bukan sekali dua tau! berkali2 dah mcmni.. ni kira ok la skit.. lau tak kekadang tu berterabur isi perut plastik!! malu je mydin ni dpt customer macam ko tau tak?????? grrrrrrrr.....







abaikan troli n bonet kete tuh... ni time ktorg tengah angkut barang masuk kete.. Mane tak sakit ati, sebabnye orang yang sama yang campak sampah ke bawah ni.. dah la bila dicampaknya betol2 akan jatuh depan tingkap rumah saya.. rumah saya yang ground floor tuh, yg tingkap tbuka.. kalau korang la kan tengok asekkkkk adeeeee je sampah kat depan tingkap umah korang, korang gelak ke sengih menyengih ke hape????


Agak2nya orang mcmni takde idung kot? malu nk turun buang kat tong sampah .. lain kali kalau malas sgt, telan dgn plastik2, isi perut ikan, tin2 sardin tuh!!! pengurusan dah tampal nota jgn campak sampah pon ko xpaham2 kan? ko ni tak reti membaca ker?? tula, orang g sekolah belajar tapi ko dok blakang main rubber!



nota.keyboard : nsb baik rumah tu adalah kuarters, kalau la tu rumah yg dibeli mmg dh kena sound bertempek3 dh ko ngn ak tau x??

Finally!! P5R6

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur Ya Allah....

Tamou tulis panjang2.. :)




Tuesday, January 10, 2012

Cerita Pindah Randah

Assalamualaikum....

Kebetulan free ni boleh la update blog sikit. Kat sini takdela bz sangat, boleh tahan la.. Ok! berbalik kpd tajuk entri.. Pindah randah..

Since dah dpt tukar ke Putrajaya ni , selangkah ke alam berumahtangga konpem2 la mula berpindah randah kan?  Kalut betoi.. Aishh makan, tido, tgk tb, jalan2, kat upis mmg ati tak senang.. pale dok pikir sal pindah je.. mane taknye.. time tu ngn kuarters pon lom dapat lagi.. sape2 yang penah bace entri amek kunci kuarters ni, sbnarnye pada hari yg same jgak saya tolak kuarters 5R3 tuh.. sbb dapur nye betol2 kecik2!! seriously ruang yg disediakan cukup ltak peti ais shj.. so yg slbihnye untuk ke hulu ke hilir tok masak.. 

Even tak dpt kuarters laen lg, pindah ttp pindah kan?  ok xpe la, last decision tumpang barang umah akak kat taman saujana putra n tumpang rumah mmber a.k.a opismate mr fiance for a while...


Jom layan kan pic2 hari dok angkut barang2 rumah kat s.alam ritu.. cukup serik sbenarnya nak berpindah randah lagi.. serik serik serik!!! pening kepala, gigil pale lutut..





ni baru sikit.. kat sebelah tu menggunung





ni kat dapur..  pinggan mangkuk sume dah msuk kotak.. hasilnye, dapatla 2 kotak...




mr. fiance dgn gagah berani tolong bukak kaki tv.. npk tak beg guni pooh tu?? tu 1 antara 3 beg baju..ase nk buang tong smpah je baju2. malas nk pcking byk2, skit otak pikir ruang


tuan/puan peti ais, mesin basuh tak snap. penat sgt dh tgk brang2 byk. so selera nk snap pic dah ilang wahahhahhaha.. eh terlupe, benda yg pling penting.. my DBEAR!!!



aiyarkkkk..windu2 sama kamo la dbear.. da 2minggu kat dobi.. rasenye rini dh boleh amek kot kat dobi.. lupe lak date siap bile sbb resit lam kete..

ni jela cerita pindah randah.. sape2 yang salu berpindah msti tau azab pkir packing, pkir van lori, and semua2 la..  saya yang bujang ni pon 'sakit', apetah lagi yg dah beranak pindah.. lagi banyakkkkkkkkkk barang isi rumah nk kena packing...



nota.keyboard : nnti nk pindah masuk kuarters lak, adoiiii... penat sebulan ni kena jamak tido la jwabnye..

Thursday, January 5, 2012

Dutchlady+Cereal.Limau Kasturi.Epal Hijau

Assalamualaikum :)
Ce tengok.ce tengok.ce tengok tajok tu..mak aihhh kemain kan..mestu u olls teruja kan?hahahaha.  Sebenarnye bukan la entri gah mcm2 blogger2 terkenal mcm cik epal,fatin liyana,hanis zalikha pon hehehe..

Dutchlady.Epal Ijau.Limau Kasturi. wiwiwiwi

Da berazam akan salu amalkan pemakanan item2 di atas.. N every morning ok! 2months to go!!! so kna btol2 disiplin kali ni.. nak cube turunkan 10kg ,mcm la 10kg tu sikit..

go cik is go!aja-aja fighting..
Dan lagi lagi lageyyyym bersemangat sbbnye mr fiance yg dtg upis hantarkan menda2 ni sume,leh sumbat lam peti ais kat upis.. wat stok tiap2 mimggu....uhuuuu suke smpai terangkat ke langit hahahaha... Oklah! nk g pantri sediakan menda2 ni



Dutchlady Low Fat


+


Nestle Cereal - Fruit
 




*******************************************


pastu nak minum Air Limau Kosong (TAKDE GULA)... dapnye perah limau 2 bijik, macham3 baru kaw!! hehehhe




**********************************************************

dan last sekali, time lapa leh la kunyah EPAL HIJAU nie...  gantikan ngn lunch pon ok kot kan?hehhehehe





ok.daaaaaaa sume. nk g bekpes.. bos masuk td terus busy.mintak cik pa nyer ni col sane col sini. well done cik is! sbb saya berjaya wat sume tugas tanpa minta bantuan sape2. mestilah hepi kan?ni baru ari ke3 da byk menda leh buat sndiri n cari sndri..hehehhehe


nota.keyboard : wish me luck ok! ne tol2 gigih trunkan berat badan ni.baju kurung moden penuh 1 beg troli besar, tersimpan je xleh pakai dah.. nk pakai balek.. sayang betol la tgk bju2 tu :'(..sob sob sob





Wednesday, January 4, 2012

Aiyakk... Kulit Muka Menggelupas!!

Assalamualaikum....

Semalam tak update pon blog ni sbb 1st day kat tmpat baru kan? tak kan lah nk on99999999 je kan?ihiksss... 







Uwaa, mood btol2 down la sekarang ni... nak tau nape?? kulit muka menggelupas terok! dah mcm kai produk penggelupasan je rasenye.. lpas solat td la, terkejut mak nakkkk tgk kulit muka menggelupas.. mula2 igtkn skit je, so dekat dekat n makin dekat ngn cermin.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Banyaknye!!  1 muka menggelupas.. dahi, dagu.pipi,idung..complete!!  nak kate mgelupas sbb aircond, takdela plak opis ni sejuk sgt2.. suam2 kuku je! nak kate effect produk, dah lame kot pakai.. malunye.malu.i'm shy! 

Balik jap lagi nk beli susu dutchlady ngn buah la.. nk bwak dtg upis.. moga2 leh membantu kembalikan kelembapan kulit muka ni.. tension2! nak kuar bilik pon segan.. ni blum jumpe ngn orang2 kat lif n lobi time balik jap lg.. aiyakkkk..


nota.keyboard : nak balik lambat la, elak jumpe ramai orang kat lif n lobi... :'(

Tuesday, January 3, 2012

Bila Semua Memasang AZAM 2012

Rata2 kat fb, twitter,bbm,ym,myspace dok post azam memasing.. azam 2012.. waaaaaaaa demand ko yer.. macamla ad tweet,bbm,myspace bagai!! tak beragak tol hahhahha.. ok2! saya ad muka.buku yg dah remuk je.. muka.buku n blog ni pon tak tsempat nk update petah lagi keturunan2 it yg laen tuh!

Memacam azam tahun baru yg bace kat fb tuh... ada nk lulus exam, ad nk beli kete,dslr, nk jdi pekerja cemerlang, tak nak punch card merah, nk jadi PA yg garang and so on la... ad azam2 yg bile dibace leh mengekek2 gelak tak henggat, ada yg smpai berkerut2 dahi, terangkat2 kening hahhahhahahh...

Tapi azam saya tahun 2012 ialah, jeng jeng jeng jeng





  • nak kurangkan berat badan sebanyak 10kg
  • nak jadi 'kekasih halal'.. nk saling lengkap melengkapi wiwiwiiwi :)
  • arap2 bos tmpat bru baek sgt2.. x garang, x cerewet
  • arap2 angan2 nk trun naik tangga kat upis baru 3-4tengkat terlaksana (nk kuwus)
  • arap2 semua projek d.i.y menjadi
  • ARAP2 KAT UPIS BARU FB TAK KENA BLOCK.. N UPLOAD PIC KAT BLOG JUGAK TAKENA BLOG mcm upis lame!!!!!!!!!!!!!!


dannnnnnn


doa-doa yg harap tidak lupe  untuk diaminkan setiap hari :-



  • dibukakan pintu2 rezeki
  • diberikan kesempatan untuk sentiasa menyayangi en tunang sehingga ke akhir hayat seikhlas hati
  • semoga en tunang kekal sbg cinta pertama yang diciptakan sebagai suami di dunia akhirat



nota.keyboard : cume mengharapkan sesuatu yang tak nampak di mata kasar.kerana itu lebih indah dri sesuatu yang boleh dinilai.cuma dirasai.

Debaran di Hati Gadis Kampung

Assalamualaikum...

Selamat pagi,pepagi buta dok taip entri baru....




Mate ni wat hal la pulak.. tak leh tido.. padahal penat kemain.. dr tgahari td kuar cri barang skit, kul 10 bru smpai umah. kaki da denyut2.badan penat.mate pedih.tapi nape xleh lelap?? grrrrrrrrrrrrr...

Mungkin jgak disebabkan debaran kat hati ni dri tadi dok dup dap dup dap.. lau ltak steteskop konpem leh dengar bunyik tuh...  Ye.. memang dok cuak n isau ni.. ecok start keje kat tmpat baru dh.. semoga tak de pape.. sbb first impression tuh yang penting!! mau tak cuak..

Tengah berkire2 lagik ni.. nk Mr fiance yg fetch pepagi esok or mintak akk yg hantarkan je.. lau mr fiance yg amek esok pagi, konpem la saya kene melangguk kat lobi kpwkm tu dlu bru leh lapor diri..  mr fiance xleh nk msuk upis lambat, die bz tol skang ni.. sume gara2 lnpt, sbpa tuh!  tapi lau kakak anta cian jgk kat die.. sbb skrang ni pon die tak smpai lagi dari kampung.. kbetulan die blik kelate 2 3 hari lepas..kang die smpai kejap2 lgi takot penat lak die....

alamak!!! baju tak pilih lagi nk pakai yg mane.. ngalahkan org yg nk g intebiu keje pestime lak aihhh... bju yg cantek2 sume kurung moden.. tp saiz badan skrg dh layak kai kurung je, aiyakkkkmasalahbetollah

nota.keyboard : sedang menuggu hari yang lebih baik dan akan sentiasa baik dari sebelumnya....